Thursday 1 August 2013

Be A Better Person

Assalamualaikum .

   Besok last day sekolah and tetiba je datang niat nak post something about " how to change yourself to be a better person." Even I'm not a perfect person but still kalau boleh terimalah nasihat saya yang tak berapa sempurna ini. The ways :




  • Forgive and forget :) 


 Jadi seseorang yang pemaaf lebih baik kerana hidup dalam kebencian tak mendatangkan sebarang kebaikan kepada diri kita. Ingat ! Allah sayang pada hambanya yang pemaaf. Maybe bila kita maafkan kesalah seseorang, orang lain pon senang nak maafkan kesalahan kita pula. Bak kata orang siapalah kita nak menghukum orang lain. Bila selesai proses maaf-memaafi, kita mesti terus lupakan kesalahan mereka dan tidak menggungkit perkara yang dah lepas. Jangan tanam sikap suka berdendam !



  • Jangan jadi terlalu 'busybody'  :) 


 Jangan terlalu nak ambil tahu hal orang lain kerana mungkin cara kita yang ingin menjadi seorang yang prihatin terhadap seseorang tu boleh menyebabkan mereka rasa tak selesa atau kata lain 'meluat'. Tak salah nak jadi nak jadi prihatin tapi jangan jadi terlalu prihatin sampai perkara yang lain pulak awak nak korek ye. Hehehe.


  • Just let it be :) 


 Bila awak tau yang orang banyak mengata pasal awak biarkan lah benda tu berlaku, teruskan buat kebaikan kita pada mereka dan terus mendiamkan diri. Bila kita mendiamkan diri tak bermakna kita kalah atau lemah tapi ia akan menunjukkan kematangan seseorang. Lama-lama nanti mereka yang suka mengata awak tu akan penat sendiri dan stop bercakap tentang awak. Percayalah :)



  • Jadi seorang penyimpan rahsia yang baik :)


 Bila orang berkongsi rahsia dengan kita bermakna dia percaya dengan kita. Jadi, jangan musnahkan kepercayaan mereka terhadap kita dengan cara bongkarkan atau menjaja cerita mereka kat orang lain. Kita perlu tau yang tindakan kita ni boleh menjejaskan hubungan seseorang. Macam mana kita nak orang jaga rahsia kita, macam tulah jugak kita kene jaga rahsia orang. 


  • Always think postive :)


 Kawan saya (Dalila) selalu cakap kita kene think positive walau dalam apa jua keadaan. Bila kita berfikiran positive masalah yang kecil tak akan diperbesarkan. Masalah tak akan datang kalau kita tak cari :P Bila timbul perasaan benci kat seseorang tu kita kene terus fikirkan kebaikan mereka dahulu. Barulah hilang perasaan benci tu. Bila tiada kebencian dalam diri, hati pon akan tenang.





Semoga apa yang saya sampaikan awak awak semua dapat pengajarannya :) 


No comments:

Post a Comment